Membawang Hari Ini

Tekad buat sebaik mungkin

Penyanyi Ummu Syaikhah Stacy Anam atau Stacy meluahkan rasa teruja berpuasa buat pertama kali sebagai saudara baru.

Stacy, 26, berkata, jika tahun sebelumnya dia hanya berjaya menjalaninya selama tiga hari, Ramadan kali ini dia mahu lebih fokus.

“Apabila memeluk Islam, menjadi kewajiban saya melaksanakan ibadah ini. Walaupun sebagai wanita mustahil untuk saya berpuasa penuh, jumlahnya lebih banyak daripada tahun lalu.

“Percubaan berpuasa sebelum ini sedikit sebanyak mengajar saya memahami erti sebenar Ramadan. Insya-Allah, untuk tahun ini saya mahu melakukannya dengan sebaik mungkin. Terima kasih kepada Akim yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya mendalami Islam.

“Saya bukan saja teruja menjalani ibadah ini malah seronok menyediakan juadah bersahur dan berbuka untuk suami. Tambahan pula awal-awal lagi dia sudah minta saya menyediakan masakan kegemarannya,” kata Stacy.

Sambung penyanyi lagu Not For Sale ini, sepanjang Ramadan dia mahu menumpukan perhatian terhadap kelas bacaan al-Quran.

Menurut Stacy, dia mengupah ustazah datang ke rumah bagi memudahkannya mempelajari bacaan al-Quran.

“Selama ini, Akim banyak mengajar saya di rumah. Dia okey cuma apa saya lakukan ini adalah atas inisiatif sendiri. Dalam seminggu, tiga atau empat kali ustazah datang ke rumah. Pada masa sama, anak saya Bella juga boleh belajar mengaji.

“Justeru, sepanjang Ramadan ini saya mengambil keputusan mengurangkan aktiviti seni. Kalau ada pun sekadar memenuhi jemputan majlis berbuka puasa. Bukan apa, selaku saudara baru perlu lebih banyak belajar mengenai Islam.

“Walaupun tidak terus pandai, sekurang-kurangnya saya belajar sedikit demi sedikit. Dalam perkara ini, Bella juga teruja untuk turut serta,” katanya yang turut berkongsi Akim selaku ketua keluarga banyak membimbing bacaan ketika solat.

Lancar koleksi minyak wangi

Selepas dilantik menjadi duta beberapa produk bersama Akim, pasangan yang mendapat gelaran Kimcy (Akim dan Stacy) ini mengorak langkah dalam bidang perniagaan.

Akim dan Stacy baru-baru ini melancarkan koleksi minyak wangi sendiri yang diberi nama Obsess.

“Menariknya minyak wangi ini didatangkan dalam dua bauan iaitu khas untuk lelaki dan wanita. Kedua-dua bau ini adalah pilihan kami sendiri. Malah ia juga menggambarkan personaliti kami.

“Idea menghasilkan produk ini selepas dicadangkan rakan kami. Tambahan pula, saya dan Akim memang penggemar minyak wangi. Saya percaya, pelancaran minyak wangi ini menjadi permulaan baru kepada kami untuk menceburi cabang perniagaan lain,” katanya.

Stacy yang turut berkolaborasi dengan pereka Raffiey Nasir menghasilkan koleksi raya, Kimcy X Raffiey Nasir menganggap semua itu rezeki selepas mendirikan rumah tangga.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");