Perak Hari Ini

Terapkan Budaya Mengimarahkan Masjid-TPM

KUALA KANGSAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggalakkan seluruh umat Islam untuk menjadikan bulan Ramadhan sebagai medium untuk terus mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti ilmu.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis berbuka puasa sempena Program penerapan nilai-nilai Murni di Bulan Ramadhan bersama Timbalan Perdana Menteri bertempat di Masjid Al-Hashimiah Kampung Talang di sini hari ini.

PERAK TODAY 5

Turut hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Kewangan (II) Datuk Seri Husni Hanadzlah.

PERAK TODAY 2

Ujarnya tiga perkara yang perlu diberi keutamaan iaitu menerima orang musafir untuk berbuka puasa di masjid, menjamu orang yang berbuka puasa dan mengimarahkan masjid.

“Kita perlu mencontohi masyarakat Ansar di Mekah yang meraikan orang terutamanya musafir untuk berbuka puasa,” katanya.

PERAK TODAY 1

Jelasnya lagi, jiwa dan budaya Ansar untuk diterapkan dalam kehidupan kita seharian yang meraikan golongan musafir juga memerlukan.

Tambahnya, penganjuran pelbagai aktiviti di masjid sempena Pilihanraya kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah baik dan perlu diteruskan selepas ini.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim di Kuala Kangsar.

PERAK TODAY 6

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");