Sukan Hari Ini

Terima kasih Nicol!

MESKIPUN sudah mencuba melakukan pukulan-pukulan terbaiknya, namun langkah ratu skuasy negara, Datuk Nicol David masih tersekat untuk melakar hatrik dalam Kejohanan Final Skuasy Siri Dunia PSA 2015/2016 di Dubai apabila ditundukkan pemain nombor tiga dunia dari Mesir, Raneem El Welily di peringkat separuh akhir, baru-baru ini.

Pada pertembungan itu, Nicol dijinakkan Raneem dengan keputusan 2-1.

Pemegang gelaran juara lapan kali itu mengakui prestasi lawannya dari Mesir itu lebih baik untuk mencipta kemenangan 11-5, 8-11 dan 11-8.

Meskipun tewas, Nicol berjaya mempamerkan semangat juang tinggi dan ini dibuktikan apabila Raneem dipaksa bekerja keras seawal set pertama.

Bukan faktor usia

Prestasi kurang memberangsangkan Nicol akhir-akhir ini dikaitkan dengan faktor usianya yang menjangkau 33 tahun pada Ogos ini.

Namun ia bukanlah alasan yang yang tepat, ini kerana permainan Nicol semakin matang seiring dengan peningkatan usianya.

Baru-baru ini, Nicol menerima pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Semangat Skuasy bagi Pemain Wanita sejurus berakhirnya Kejohanan Final Skuasy Siri Dunia PSA 2015/16 di Dubai.

Anugerah diberikan kepada pemain yang menunjukkan contoh semangat kesukanan, kesetiakawanan dan permainan bersih.

Sukar diganti

Sementara itu, Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Huang Ying How menyifatkan Nicol telah melakar sejarahnya tersendiri yang sukar ditandingi pemain lain.

“Tidak ada pemain yang mampu ganti Nicol, sekiranya ada pun, pastinya tidak akan seunggul pemegang gelaran juara dunia lapan kali itu.

“Sekiranya dunia hargai usah keras Nicol selama ini, mengapa tidak rakyat Malaysia teruskan membakar semangat beliau untuk terus perbaiki ranking dunia ke tahap lebih gemilang,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");