Sukan Hari Ini

Terlalu yakin punca England tewas

PERTAHANAN Iceland, Ragnar Sigurdsson mendakwa sikap terlalu yakin England menjadi punca kekalahan 1-2 mereka di tangan pasukan kerdil itu dalam aksi pusingan 16 terbaik Euro 2016, awal pagi semalam.

Malah katanya, skuad The Three Lions kendalian Roy Hodgson beraksi dalam keadaan ‘cemas’ terutama selepas Iceland kembali mengikat kedudukan 1-1.

“Mereka fikir ia akan menjadi perlawanan yang mudah.

“Tapi kami menaruh kepercayaan kepada kemampuan kami sendiri. England bermula sangat baik tapi mereka dikejutkan gol penyamaan dan gol kedua kami sejurus kemudian.

“Mereka panik sedikit. Mereka bekerja keras tapi bukan mudah untuk menjaringkan gol menentang Iceland,” katanya,

England bermula baik apabila Wayne Rooney meletakkan mereka di depan menerusi sepakan penalti hanya untuk Sigurdsson mengikat kedudukan sejurus kemudian sebelum Kolbeinn Sigthorsson memastikan kemenangan bersejarah.

Iceland seterusnya akan berdepan Perancis dalam suku akhir dan Sigurdsson menjangkakan perlawanan hampir serupa.

“Perancis hampir serupa dengan England. Mereka belum menunjukkan permainan terbaik, begitu juga England.

“Ia mungkin menjadi perlawanan yang lebih kurang sama,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Kari Arnason menyifatkan mereka sememangnya layak jadi lapan pasukan terbaik Euro 2016 selepas prestasi dan kesungguhan yang ditunjukkan.

“Tak diragui lagi bahawa ini menjadi salah satu kejayaan terbesar dalam sejarah bola sepak Iceland. Kami sudah mengejutkan dunia!,” ujarnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");