Jenayah

Terperangkap muslihat ah long

MELAKA: Seorang suri rumah terperangkap dengan geng sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ah long yang memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun banknya.

Sudahlah dimasukkan tanpa pengetahuan, malah sindiket terbabit juga tidak membenarkan dia memulangkan wang berkenaan, sebaliknya mengenakan faedah yang tidak munasabah.

Akibatnya, suri rumah berkenaan kini diselubungi ketakutan apabila geng sindiket terbabit mengugut bunuh serta mengirim kata-kata kesat menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Mangsa dikenali sebagai Ros (bukan nama sebenar), 40, berkata, dia juga sudah kerugian hampir RM13,330 kerana diberikan kepada orang yang tidak dikenali itu.

“Seseorang yang tak dikenali menelefon saya dan dia telah memasukkan RM3,850 ke dalam akaun tanpa pengetahuan. Pada ketika itu saya tolak pinjaman tersebut sebab tak pernah mohon mana-mana pihak tapi dia tak bagi saya kembalikan.

“Disebabkan ketakutan kerana sering diugut, saya terpaksa membayar dengan faedah sekali yang sehingga kini mencecah RM7,100 kepada tujuh akaun berbeza meskipun tak pernah menggunakan duit yang dimasukkan,” katanya.

Ibu kepada empat cahaya mata yang tinggal di Air Molek, masalah tidak berakhir di situ selepas dia didatangi satu SMS yang menawarkan pula pinjaman peribadi selepas itu.

“Pada 29 Januari lalu, ada pula seseorang SMS saya menawarkan pinjaman RM50,000 kepada saya, namun perlu memasukkan RM180 untuk tujuan dokumentasi. Saya pun setuju sebab memang memerlukan wang tersebut.

“Tapi belum pun terima wang pinjaman, dia minta lagi duit sehingga keseluruhannya RM6,230 namun sedar ditipu apabila tak dapat respon dari mereka dan gagal dihubungi,” katanya ketika membuat aduan di Pejabat Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) Melaka di sini, kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, pihak menyediakan seorang penasihat untuk berbincang dengan ah long berkenaan supaya masalah Ros itu dapat diselesaikan.

Beliau turut percaya terdapat penglibatan orang dalam dalam kes Ros itu kerana segala butiran peribadi diketahui sindiket berkenaan.

“Yang peliknya, bagaimana ah long itu tahu nombor akaun, alamat rumah, nombor telefon dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu, Amir Hamzah turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan muslihat sindiket terbabit supaya tidak terperangkap.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");