Perak Hari Ini

Terus Berusaha Pastikan Keperluan Rakyat Dipenuhi – Mastura

KUALA KANGSAR: Calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid menegaskan bahawa beliau akan terus berusaha dalam memastikan keperluan penduduk di Kuala Kangsar dapat dipenuhi.

Beliau berkata, meskipun dua daripada lima agendanya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar telah direalisasikan, namun beliau tetap akan meneruskan usahanya untuk mencapai beberapa agenda yang lain.

“Saya akan berusaha sedaya upaya demi orang Kuala Kangsar,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Mastura berkata, salah satu yang akan diberikan peadalah menaiktaraf hospital Kuala Kangsar sebagai hospital pakar.

Jelasnya, ia merupakan permintaan paling besar daripada penduduk di Kuala Kangsar dan kawasan persekitarannya ketika Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad masih hidup.

“Ramai pesakit-pesakit Kuala Kangsar yang terpaksa dipindahkan ke Taiping dan kadang-kadang melibatkan nyawa mereka

“Dan juga di sini ianya merupakan Bandar Diraja… Sesungguhnya ia harus menitik beratkan satu standard dan kelainan,” katanya.

Ujar Mastura lagi, sekiranya perkara itu dapat direalisasikan, ia mampu menjadi kawasan tumpuan dimana penduduk tidak perlu lagi pergi jauh seperti ke Taiping.

“Ia juga boleh membantu pesakit-pesakit daripada Selatan Utara Ipoh.

“Jadi saya tidak akan berputus asa dan terus mencuba untuk memastikan bahawa apa yang diperlukan oleh rakyat Kuala Kangsar dipenuhi,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diatas dua pengumuman yang dibuatnya semalam.

“Alhamdulillah perdana menteri telah meluluskan sebanyak RM43.5 juta untuk pembinaan jambatan Manong.

“Saya bersyukur, begitu lama diperjuangkan oleh Alllahyarham Wan Khair-il Anuar untuk mendapatkan jambatan ini, akhirnya ia menjadi satu kenyataan,” katanya lagi.

Katanya, beliau telah mendengar dan mendapat timbal balas yang cukup baik daripada penduduk Manong yang telah lama menunggu saat ini.

“Saya harap sejurus selepas PRK ini berakhir, kerajaan akan mengusahakannya secepat mungkin,” katanya lagi.

Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih diatas pengumuman menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) kepada universiti penuh yang diberi nama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

“Ia menerima dana awam yang pertama dan ia berlaku secara serta merta.. Allhamdullilah, ia disambut baik oleh semua orang.

“Saya juga ingin merakamkan menjunjung kasih kebawah Duli Tuanku (Sultan Perak) diatas perkenan memberi kebenaran kepada usaha ini,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");