Perak Hari Ini

Tiga Papan Tanda Provokasi AMANAH Diturunkan

KUALA KANGSAR : Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengarahkan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk menurunkan tiga papan tanda berbentuk provokasi yang dinaikkan oleh parti tersebut.

Tindakan untuk menaikkan papan tanda berkenaan yang mempunyai tulisan dan gambar yang berbentuk provokasi adalah dilarang sepanjang tempoh berkempen berlangsung.

4

Papan tanda berkenaan telah dipasang di tiga lokasi antaranya di bulatan berhadapan pesawat pejuang TUDM, lampu isyarat berhampiran pusat operasi Barisan Nasional (BN) dan di lampu isyarat Taman Bunga Raya.

Sumber berkata, ketiga-tiga papan tanda tersebut dipasang oleh kontraktor dari Ipoh terdiri daripada empat pekerja yang di upah oleh DAP untuk AMANAH yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

2 - Copy

Kerja-kerja pemasangan papan tanda berkenaan dipercayai dilakukan antara jam 4 petang sehingga 6.30 petang  pada * Jun sebelum wakil DAP dan AMANAH tiba untuk berunding dengan SPR.

Bagaimanapun, papan tanda itu diturunkan sekitar jam 8 malam.

PRK Kuala Kangsar menyaksikan perlawanan empat penjuru di antara BN, PAS, AMANAH dan Bebas.

SPR menetapkan 18 Jun ini sebagai hari pengundian bagi PRK tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");