Perak Hari Ini

Tindakan Pemecatan Tidak Terburu-buru  -DS Tajuddin

LANGKAP: Keputusan untuk memecat dua pemimpin UMNO iaitu bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak dilakukan secara terburu-buru.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, keputusan tersebut sebulat suara dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO setelah perbincangan dilakukan dengan sebaik-baiknya.

“Tindakan itu (pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz) tidak terburu-buru dan tidak melulu kerana telah memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk sedar dan membetulkan keadaan.

“Tetapi nampaknya mereka makin jauh dan terlibat dengan pembangkang sehingga sanggup bersama-sama menandatangani deklarasi yang nak jatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Zakat Ramadan Parlimen Pasir Salak Siri 2 di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 400 orang golongan asnaf telah menerima sumbangan zakat yang diberikan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

20160625_152704_crop_913x719

Tajuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz dari UMNO yang berkuatkuasa serta-merta semalam.

Tegasnya, tindakan kedua-dua pemimpin tersebut yang dilihat duduk sebaris dengan pembangkang bukan sahaja menyasarkan untuk menjatuhkan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi boleh memusnahkan parti itu sendiri.

“Jadi kita bukan suka nak ambil tindakan ini kerana ia satu keputusan yang sukar untuk diambil.

“Tetapi keputusan ini terpaksa diambil kerana kalau tidak, ia makin lama makin mendatangkan keburukan kepada parti dan kerajaan,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mencabar Muhyiddin dan Mukhriz untuk mengemukakan fakta yang membuktikan bahawa mereka tidak bersalah.

“Kalau dia (Muhyiddin dan Mukhriz) kata tindakan (pemecatan) ini tak betul, saya cabar supaya mengemukakan fakta dan maklumat yang boleh bersihkan mereka daripada tuduhan bahawa mereka bukan mengkritik atau sabotaj parti (UMNO) dengan bersekongkol dengan pembangkang,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");