Sukan Hari Ini

Tinju: Bintang Britain, Joshua kekal kejuaraan dunia

LONDON: Peninju Britain, Anthony Joshua mempertahankan gelaran dunia kelas heavyweight Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) selepas menundukkan Dominic Breazeale, semalam.

Jaguh tinju berusia 26 tahun itu berjaya menumbangkan lawannya dari Amerika Syarikat pada pusingan ketujuh dalam pertembungan di O2 Arena di London sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 17 pertarungan sejak memenangi pingat emas di Olimpik London 2012.

Bagi Breazeale, ia adalah kekalahan pertamanya di pentas profesional dalam 18 pertarungan.

“Apabila saya mula dapat menumbuknya kami tahu ia mula berhasil,” kata Joshua.

“Dia seorang yang sabar, mengelak tumbukan-tumbukan saya dan saya perlu mengambil masa.

“Kini saya perlu berehat. Banyak kerja keras yang diperlukan untuk melakukannya,” katanya.

Selepas tampil dengan persembahan yang stabil, Joshua meningkatkan aksinya pada pusingan ketujuh dengan Breazeale gagal menahan variasi tumbukan ganas yang dihalakan kepadanya.

Joshua dijangka akan bertarung dalam perlawanan wajib mempertahankan gelarannya menentang jaguh tinju New Zealand, Joseph Parker pada penghujung tahun ini atau musim luruh 2017.

Pertembungan membabitkan juara-juara dunia, atau bertemu rakan senegaranya, David Haye dijangka akan berlangsung pada tahun depan dengan Joshua kini tampil selaku lelaki yang ingin dikalahkan dalam kategori heavyweight. – AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/168454?m=1

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");