Sukan Hari Ini

Tuah Chong Wei

KEDUDUKAN jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia tidak akan tergugat selepas musuh utamanya dari China, Chen Long tewas mengejut kepada wakil Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting pada perlawanan suku akhir Terbuka Australia, semalam.

Pada perlawanan itu, Chen Long yang turun sebagai pilihan pertama disingkirkan Anthony dengan keputusan straight set 21-14, 21-17 dalam masa 43 minit.

Keputusan tersebut menyaksikan Chong Wei akan mempertahankan statusnya itu walaupun beliau menarik diri dari Terbuka Australia kerana kecederaan kaki kirinya.

Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Chong Wei yang mendahului ranking dunia selepas menjuarai Terbuka Indonesia minggu lalu mengumpul 94,453 mata, kelebihan 5,509 mata daripada penghuninya sebelum ini dari China, Chen Long yang mengumpul 88,944 mata.

Pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik itu sebelum ini terlepas genggaman di takhta ranking dunia selepas berdepan isu doping pada Ogos 2014.

Hukuman gantung lapan bulan menyebabkan Chong Wei jatuh ke kedudukan paling teruknya dalam ranking dunia iaitu ke-180 pada 18 Jun 2015.

Menurut Chong Wei, beliau tidak mahu mendabik dada dengan gelaran nombor satu dunia sebaliknya mahu terus memberikan persembahan terbaik khususnya pada Sukan Olimpik di Rio de Janeiro pada Ogos ini.

“Sebelum ini saya pernah berada di kedudukan nombor satu dunia untuk tempoh 199 minggu. Selepas isu doping, saya kena bekerja keras untuk memperbaiki kedudukan saya. Ia bukanlah sesuatu yang mudah.

“Pada usia seperti ini, saya masih boleh memberikan saingan yang terbaik. Setiap kejayaan yang saya peroleh dalam setiap kejohanan memberi suntikan semangat kepada saya untuk terus berusaha,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");