Sukan Hari Ini

Tuah iringi Chile

East Rutherford, AS: Chile mengejutkan pasukan pilihan Argentina menerusi penentuan penalti pada final Copa America Centenario di Stadium MetLife semalam untuk mempertahankan kejuaraan mereka pada pertandingan bola sepak tertua peringkat benua itu.

Chile membuktikan diri sebagai pasukan dominan Amerika Selatan apabila mereka menundukkan Argentina 4-2 selepas penentuan penalti untuk tahun kedua berturut-turut.

Lionel Messi gagal menyempurnakan sepakan penaltinya, mencetus kekecewaan apabila tidak mampu membantu Argentina menamatkan kemarau trofi selama 23 tahun.

“Kami satu kelompok bersejarah dan kami membuktikannya hari ini,” kata penyerang Chile Eduardo Vargas.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 selepas 90 minit dan juga selepas masa tambahan setengah jam dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain pada babak pertama.

Pemain gantian Chile Francisco Silva merembat leret ke sebelah kanan Sergio Romero untuk menjaringkan penalti penentu selepas Messi dan Lucas Biglia terlepas buat Argentina manakala Arturo Vidal gagal untuk Chile.

Kejuaraan itu adalah Copa America kedua berturut-turut buat Chile. – Reuter/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");