Perak Hari Ini

Tun M & PAS Tidak Sehaluan Ibarat Siang Dan Malam

KUALA KANGSAR: PAS menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ibarat malam dan siang berikutan sehingga kini beliau masih lagi tidak sehaluan dengan parti Islam itu.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Mahathir berdendam dengan PAS berikutan keengganan parti itu untuk turut serta dalam deklarasi rakyat.

“Kita tidak lawan dia kerana kita lawan hanya dengan orang yang berkuasa… Kalau kita tidak lawan orang tidak berkuasa nanti, orang kata kita bukan anak jantan.

“Dia (Mahathir) dan kroni dia makan dedak… sekarang orang lain makan dedak.

“Bermula daripada dialah dalam UMNO rakyat yang diberi dedak oleh Mahathir. Orang jahat sahaja yang tahu tentang kejahatan orang lain,” katanya.

Jelasnya lagi, terpulang kepada bekas perdana menteri itu untuk memberikan sokongan kepada siapa pun.

“Kita berhadapan dengan pertarungan pelik dalam pilihanraya apabila pembangkang serang pembangkang. Namun kita tetap melawan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Jelasnya lagi, PAS tidak bersama dengan Mahathir bukan bermaksud parti itu menyokong Najib.

“Kita tidak mahu serang dia kerana dia tidak berkuasa, tapi oleh kerana dia serang PAS, sebab itu kami bersuara,” katanya lagi.

Beliau turut menyifatkan tuduhan PAS ingin bekerjasama dengan UMNO adalah politik keanak-anakan.

“Kami lawan UMNO, nak kaitkan PAS dengan skandal sebenarnya tiada dan ia menjadi hujah pihak DAP dan Amanah terhadap kami,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");