Sukan Hari Ini

V Shem, Wee Kiong menang percuma

BEREGU lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tidak perlu bermandi peluh untuk mengesahkan slot ke Pusingan Kedua Siri Super Premier Terbuka Indonesia apabila lawan mereka di pusingan pertama, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang dari Korea Selatan menarik diri.

Keputusan itu menyaksikan V Shem-Wee Kiong akan meneruskan kemaraan dengan berdepan rakan senegara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong selepas menundukkan pasangan tuan rumah, Berry Angriawan-Rian Agung Saputro.

Kien Keat-Boon Heong menang dengan keputusan rubber set 21-17, 10-21, 21-15 dalam masa 47 minit.

“Aksi esok (hari ini) dijangka sukar apabila terpaksa bertemu rakan senegara dan bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM),” kata V Shem.

Kata V Shem, Kien Keat-Boon Heong sudah pasti mengetahui kelemahan mereka apabila pernah berlatih bersama sebelum ini.

“Kita akan lihat semasa perlawanan nanti, siapa yang nampak lebih bertenaga akan berjaya dalam perlawanan ini.

“Apa pun, kami pasti akan melakukan yang terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, nasib berbeza dialami pemain perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin apabila beliau gagal mara selepas tumpas kepada pemain Jerman, Marc Zwiebler 10-21, 19-21.-sinarharian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");