Jenayah

Van cuai sampai ragut nyawa

Kota Kinabalu: Seorang pemandu bas pelancong maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh van yang membuat pusingan U di Jalan Lintas, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa Yusri Ag Yusof, 32, dipercayai meninggal dunia dilokasi kemalangan akibat mengalami parah di bahagian kepala, manakala pemandu berusia 50 tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu van berkenaan kerana keluar pusingan U dengan tidak memberi peluang kepada kenderaan lain di jalan utama.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HQE untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");