Sukan Hari Ini

Wales raikan penyingkiran England

WALES adalah antara pasukan paling gembira di sebalik penyingkiran England dari kempen Euro kali ini.

Pemain Wales meraikan kekalahan England itu di bilik hotel mereka sebaik sahaja pengadil meniup wisel penamat, menjadikan perseteruan antara kedua-dua pasukan semakin tegang.

Video adegan pemain The Dragons meraikan kekalahan England itu juga tersebar di laman sosial sehingga menimbulkan suasana kurang senang penyokong England.

Dalam peringkat kumpulan, Wales tewas kepada England tetapi Gareth Bale dan rakan sepasukan mempunyai alasan lebih baik untuk lebih bergembira dengan penyingkiran The Three Lions.

“Kami meraikan bukan kerana tidak hormat England. Tetapi kami teruja kerana pasukan kerdil mampu tewaskan England,” kata pertahanan Wales, Chris Gunter.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");