Panasnya Hari Ini

Wan Azizah Kesal Persaingan Satu Lawan Satu Tak Dapat Dicapai

KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa kesal beliau apabila persaingan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak dapat dicapai.

Ujarnya, walaupun parti itu telah berusaha agar persaingan satu lawan satu dalam kedua-dua PRK tersebut, namun ianya tidak dapat dizahirkan.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengakui ada usaha-usaha yang dilakukan oleh musuh PKR yang mengambil peluang sempena dua PRK itu untuk terus memecah-belahkan kepimpinan PKR termasuklah melemparkan fitnah terhadap pimpinan kerajaan negeri Selangor.

“Namun saya dan pimpinan PKR termasuk di Selangor tidak akan terperangkap dengan usaha terdesak yang menggunakan media untuk mengalih pandangan rakyat dari masalah pimpinan UMNO-Barisan Nasional (BN) yang terpalit dengan skandal kewangan, tata-kelola yang menyimpang dan dasar-dasar yang membebankan rakyat,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Sementara itu, beliau dan barisan kepimpinan parti meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang akan mengambil tindakan sewajarnya serta berharap sebarang keburukan tidak akan dilindungi.

“Musuh politik kita hanyalah UMNO-BN,”tegasnya.

Terdahulu, media melaporkan PAS telah menamatkan rundingannya dengan PKR dan mengambil keputusan untuk meletakkan calon bagi menghadapi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu adalah muktamad dan tiada lagi rundingan kecuali hal berkaitan kerjasama dalam gerak kerja pilihan raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");