Isu Panas

Wan Junaidi Jangka Jawatan Menteri Penuh Diberikan Kepada Sarawak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau menerima rombakan Kabinet yang diumumkan oleh perdana menteri, tetapi menjangkakan jawatan menteri penuh diberikan semula kepada Sarawak.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata beliau mengharapkan agar seorang lagi timbalan menteri dari Sarawak diberikan jawatan menteri penuh.

Dalam rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin, Ketua Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sarawak kehilangan wakil dalam Kabinet dengan peletakan jawatan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri ke-11.

“Perdana Menteri telah membuat keputusan bahawa beliau menginginkan orang lain. Saya boleh memahami situasi ini kerana Selangor tidak mempunyai seorang menteri untuk jangka masa yang lama,” kata Dr Wan Junaidi kepada pemberita semasa berbuka puasa di Hotel Istana di sini.

“Selangor telah menunjukkan keupayaan untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya terakhir. Oleh itu, saya fikir itu rasional di sebalik pelantikan Tan Sri Noh Omar.

“Kami mengalu-alukan beliau dalam Kabinet tetapi kami telah kehilangan seorang pejuang yang sangat baik dalam kelab penyokong kerajaan memandangkan kita tidak mempunyai jurucakap yang agresif dan berpengetahuan seperti Noh Omar dalam berdepan pembangkang mengenai beberapa isu,” katanya.

Noh Omar akan mengambil alih kementerian yang dikosongkan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan yang kini akan mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Dr Wan Junaidi berkata, Abdul Rahman adalah seorang penyelidik yang teliti dan sudah tentu akan dapat menjalankan tugas dengan baik dengan kedudukan barunya.

Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong diumumkan menggantikan Uggah.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");