Perak Hari Ini

Wanita Juga Mampu Jadi Pemimpin – Shahrizat

KUALA KANGSAR: Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan bahawa wanita juga mampu menggalas tugas selaku pemimpin.

Ujarnya, dalam Islam juga meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan mulia sekali.

PERAK TODAY 9

“Ada pihak mempersoalkan pemilihan calon wanita, mengapa tidak?.. Tak kan seorang wanita tidak layak untuk menjadi calon,” katanya sejurus selepas menghadiri Majlis Solat Hajat, Dhuha & Tadarrus Perdana Wanita UMNO bagi PRK P.067 Kuala Kangsar di Masjid Ridzwaniah dekat sini hari ini.

Beliau terdahulu menyampaikan pemberian sumbangan kepada 100 penerima bagi DUN Manong dan DUN Bukit Chandan.

Beliau turut menasihati para jentera Wanita supaya berkempen dengan penuh tertib dan beradap.

“Semua pihak yang berkempen di Kuala Kangsar haruslah mengikut landasan agama dan saling menghormati.

“Saya yakin pengundi di Kuala Kangsar mereka sudah mengetahui siapa dia yang menjadi pilihan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid membawa suara di Kuala Kangsar secara amnya.

PERAK TODAY 2

“Walaupun beliau wanita tetapi beliau mewakili BN dan pada masa yang sama menyambung perjuangan arwah suaminya Allahyarham Datuk Mohammad Wan Khai-ril Wan Ahmad,”katanya lagi.

Pada masa yang sama beliau turut menjelaskan budaya kempen ‘menfitnah’ telah menjadi lumrah pembangkang berikutan mereka sudah kehilangan modal lain dan menjadi lumrah kempen mereka.

“Pembangkang yang ingin membuat tohmahan dan fitnah sudah menjadi lumrah mereka. Pengundi Kuala Kangsar sudah tahu siapa yang ingin dipilih,” katanya.

PERAK TODAY 5

Beliau turut menepis dakwaan bahawa terdapat jentera Wanita yang merajuk yang disifatkan sebagai satu dakwaan yang memalukan.

“Ia tidak betul, ketua wanita semua menjadi tulang belakang dalam PRK ini,” katanya.

PERAK TODAY 3

Sementera itu, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar,Aishah Khalid, turut menafikan tuduhan itu.

“Ia adalah fitnah kerana jentera Wanita seramai 336 berjalan dengan baik dan lancar.

“Kami bergerak di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan menyelaraskan gerak kerja setakat ini berjalan dengan sangat baik dan memuaskan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");