Jenayah

Wanita maut kereta bertembung lori simen

SEREMBAN: Seorang wanita menemui ajal selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya bertembung dengan sebuah lori simen di jalan utama berhampiran Taman Bukit Sendayan dan Taman Sendayan Indah, Bandar Sri Sendayan, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhammad Zaki Harun berkata, semasa kejadian, mangsa, Norfarahin Mohd Faisol, 25, dalam perjalanan ke Bandar Springhill, Port Dickson, manakala lori berkenaan dari arah bertentangan.

“Berdasarkan siasatan, mangsa gagal mengawal kenderaan setibanya di lokasi kemalangan menyebabkannya terbabas ke laluan bertentangan lantas melanggar bahagian sisi sebelah kanan lori berkenaan. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Md Zin Salleh memberitahu, pihaknya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk mengeluarkan pemandu Perodua Myvi yang tersepit.

“Seramai enam anggota menaiki satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Seremban 2 dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sampai di situ, kita dapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dan tangan kanannya patah. Bagaimanapun pemandu lori pula tidak apa-apa kecederaan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");