Jenayah

Wanita meninggal kereta bergesel

Petaling Jaya: Seorang wanita berusia 44 tahun maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara, berdekatan Simpang Uptown Kota Damansara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, mangsa, Norazlin Haron, 44, memandu kereta Honda Civic bersama dengan tiga anaknya dikatakan bergesel dengan kereta Mercedes Benz dari Sri Gombak menghala ke Kota Damansara.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 11.57 pagi.

“Seramai lima anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba dan melakukan pemeriksaan, pihak bomba mendapati mangsa tidak tersepit berikutan keretanya hanya bergesel dalam kemalangan itu.

“Petugas perubatan Hospital Sungai Buloh yang tiba kemudian menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Manakala pemandu sebuah lagi kereta dan tiga anak mangsa tidak cedera,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");