Jenayah

Wanita nyaris maut terperosok bawah lori

Ipoh: Seorang penunggang basikal nyaris maut akibat dirempuh sebuah lori ketika cuba melintas jalan dalam kejadian dekat persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuala Kangsar, semalam.

Dalam kejadian 7.40 pagi, mangsa yang berusia 36 tahun dari Taman Klebang Chemor, dekat sini, terjatuh lalu digilis kenderaan berat itu menyebabkan tangannya patah.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 48 tahun dalam perjalanan menghala ke Ipoh sedang berhenti di lampu isyarat merah dan ketika itu mangsa dikatakan mahu melintas ke tengah jalan.

“Apabila lampu bertukar hijau, pemandu lori itu kemudian meneruskan perjalanan dan ketika itu, dia terdengar bunyi di bahagian hadapan lorinya.

“Kemudian pemandu itu mendapati dia sudah terlanggar mangsa yang menaiki basikal itu dan terperosok di bawah lorinya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan dilaporkan stabil.

Katanya, setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen Kaedah 10 LN 166/59.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");