Sukan Hari Ini

Wilmots mula dihambat dilema

BELGIUM dilihat menghadapi krisis rumit di bahagian pertahanan apabila ramai pemainnya mengalami kecederaan.

Vincent Kompany, Nicolas Lombaerts dan Dedryck Boyata masing-masing terpaksa digugurkan akibat kecederaan membuatkan pengendali Belgium, Marc Wilmots pening kepala memikirkan pemain yang boleh diletakkan di bahagian itu.

“Saya terpaksa memanggil Christian Kabasele yang langsung tidak mempunyai pengalaman di pentas antarabangsa.

“Semestinya kecederaan yang dialami oleh pemain-pemain ini menggusarkan saya dan terpaksa cepat mencari pemain gantian sebelum senarai akhir dihantar,’ katanya.

Belgium diundi dalam Kumpulan E bersama Itali, Ireland dan Sweden dalam Euro 2016 yang akan berlangsung dari 10 Jun hingga 10 Julai di Perancis.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");