PENGENDALI Belgium, Marc Wilmots tidak goyah dengan masalah kecederaan yang menghimpit pasukannya menjelang aksi pertama Kumpulan E menentang Itali di Lyon, awal pagi esok.
Terbaru, ketua pasukan, Eden Hazard dilaporkan mengalami masalah kecederaan ketika menjalani sesi latihan tertutup di Chateau du Haillan pada Jumaat.
Kaki bintang Chelsea itu dikatakan dipijak rakan sepasukan sebelum dibawa keluar untuk menerima rawatan.
“Saya tidak fikir ia kecederaan yang serius. Tak perlu risau, cuma perlanggaran biasa,” katanya.
Sementara itu, Wilmots turut memaklumkan pemain pertahanan, Thomas Vermaelen telah kembali kepada prestasi sebenar dan mungkin diturunkan pada perlawanan menentang skuad Azzuri nanti.
“Biarpun ada pihak yang meragui kecergasannya, namun saya percaya Vermaelan sudah bersedia,” katanya.
Vermaelen sebelum ini terlepas aksi pemanas badan terakhir menentang Norway, Ahad lalu akibat masalah ketegangan otot.-Sinar harian