Sukan Hari Ini

Yen Mei harap mara pusingan kedua

Kuala Lumpur: Perseorangan wanita negara, Ho Yen Mei (gambar, kanan) berharap mampu untuk sekurang-kurangnya mara ke pusingan kedua menjelang Terbuka Taiwan yang bermula hari ini.

Menurutnya, jika berjaya mara sehingga ke pusingan kedua, laluan berliku bakal ditempuhinya apabila dijangka berdepan pilihan kelima dari Thailand, Porntip Buranaprasertsuk.

“Saya berasa lega jika mampu melangkah sehingga ke pusingan kedua tapi laluan sukar bakal ditempuhi jika mara. Bagaimanapun, saya harus berhati-hati sejak dari pusingan pertama,” kata Yen Mei.

Yen Mei terlebih dulu harus melalui saingan pusingan pertama apabila diundi menentang pemain remaja tuan rumah, Shuo Yun Sung.

“Saya fokus satu demi satu perlawanan di Taiwan tapi ia bukan tugas mudah untuk mara sejauh mungkin kerana kehadiran ramai pemain ternama,” katanya yang sebelum ini membantu Malaysia beraksi di Piala Uber.

Selain Porntip, turut beraksi di kejohanan berkenaan ialah Wang Shixian (China) dan pemain sensasi tuan rumah, Tai Tzu Ying.

Sementara itu, Tee Jing Yi yang sebelum ini dijadualkan untuk beraksi di kejohanan ini, terpaksa menarik diri pada saat akhir apabila Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu dia memberi fokus sepenuhnya untuk aksi di Sukan Olimpik Rio 2016.

Seorang lagi pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei tidak beraksi di kejohanan bertaraf Grand Prix Emas itu kerana melakukan persiapan untuk Kejohanan Remaja Asia.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");