Perak Hari Ini

Zambry Terima Kunjungan Dua Pengarah Baru

IPOH : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima kunjungan hormat daripada dua pengarah jabatan baharu yang bakal menjalankan tugas di Perak bertempat di pejabatnya, di sini hari ini.

Dua Pengarah tersebut ialah Pengarah MARA Negeri Perak, Dr Azmi Amat Murjan dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Perak, Abdullah Daud.

Zambry meluangkan masa sekitar 30 minit untuk bertemu dengan kedua-dua pengarah baharu itu di pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan.

1 (12)

Jawatan terakhir yang disandang oleh Dr Azmi sebelum memegang jawatan sebagai Pengarah MARA Negeri Perak ialah Timbalan Pengarah Kanan Polisi dan Perancangan Korporat MARA di Putrajaya.

Sementara itu, Abdullah sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan sebelum bertukar ke negeri ini.

Noor Azmi telah memulakan tugasnya sejak 3 Mei lalu manakala Abdullah memulakan tugasnya sejak 17 Mei 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");