Sukan Hari Ini

Zaqhwan mahu ikut jejak Azlan

Kuala Lumpur: Pelumba Musashi Boon Siew Honda Md Zaqhwan Zaidi berharap dapat menyertai rakan senegara, Azlan Shah Kamaruzaman sebagai pelumba bukan Jepun yang berjaya menaiki podium dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia (FIM) di Litar Suzuka, Jepun bermula hari ini hingga Ahad.

Sebagai rekod, hanya Azlan Shah yang berada dalam senarai podium sejak ARRC dilangsungkan di Litar Suzuka pada 2013 dan pada masa sama kemenangan di Buriram, Thailand turut meningkatkan keyakinan Zaqhwan untuk sekali lagi berada di podium.

“Suzuka ibarat padang permainan bagi pelumba handalan Jepun. Sejak Suzuka menjadi tuan rumah ARRC, hanya Azlan yang berjaya menyaingi kehandalan pelumba tempatan,” kata Zaqhwan.

Antara pelumba Jepun yang berjaya menguasai perlumbaan di Suzuka ialah Shinichi Nakatomi (2013), Katsuaki Fujiwara, Yuki Ito dan Yuki Takahashi.

“Saya pernah beraksi di sini pada 2013 dan 2014 dengan pencapaian terbaik tempat keempat dua tahun lalu. Saingan pelumba tuan rumah begitu sengit di sini,” katanya.

Pada masa sama Zaqhwan yakin gandingan bersama rakan sepasukan, Yuki Takahashi dapat membantu meningkatkan prestasinya di Suzuka.
“Takahashi sangat mahir dengan Litar Suzuka. Saya bergantung kepada pengalamannya untuk memberi aksi terbaik di halaman Honda ini.”

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");