Membawang Hari Ini

2 tahun tak jumpa anak

Syawal ini disambut sederhana memandangkan masalah rumah tangganya belum selesai.

Begitupun, Ezany Nizariff, 43, menarik nafas lega dan bersyukur apabila mahkamah memutuskan isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, 34, disabitkan nusyuz dan hak penjagaan dua anak diberikan kepadanya.

Pelakon dan ahli perniagaan itu akan ke Mahkamah Tinggi pada September ini untuk mendapatkan hak penjagaan yang sah terhadap Rayyan Harraz , 5 dan Hayden Harraz, 3.

Ezany atau Mohd Zani @ Zohri Mohd Nizariff berkata, dia tiada masalah mendapat hak penjagaan terhadap Rayyan kerana anak sulungnya itu ditinggalkan Lizda di bawah jagaannya selama ini. Lizda hanya membawa Hayden dan sehingga kini Ezany tidak tahu di mana putera bongsunya itu.

“Saya rindu dan bimbangkan Hayden, tetapi tidak tahu di mana mereka tinggal. Saya syak Lizda sengaja melengah-lengahkan kes perceraian kami kerana tidak mahu menyerahkan Hayden walaupun mahkamah sudah memutuskan hak penjagaan berpihak kepada saya. Sudah dua tahun saya tidak berjumpa de–ngannya,” katanya sebak.

Perkembangan lain, Ezany yang mengusahakan perniagaan belacan, sos dan kicap semakin jarang berlakon melainkan watak yang ditawarkan menarik perhatiannya.

“Kali terakhir saya menjayakan drama untuk Astro hampir lima bulan lalu. Insya-Allah, tiga minggu selepas Aidilfitri saya akan terbabit dengan penggambaran filem seram.

“Saya terima tawaran daripada produser filem itu kerana jalan cerita dan wataknya menarik. Walaupun perniagaan sudah stabil, saya tidak boleh tinggalkan dunia lakonan begitu saja. Apa yang boleh saya lakukan adalah memperlahankan aktiviti lakonan,” katanya.

Ezany juga mula berjinak-jinak menyertai kumpulan tabligh dengan berkelana ke masjid dan surau di seluruh negara. Dugaan yang dilalui membuatkan dia mula mendekatkan diri dengan agama.

“Berada di masjid bersama kumpulan tabligh membuatkan jiwa saya tenang dan bahagia walaupun kemelut rumah tangga belum berakhir. Tiada aktiviti lain yang kami lakukan apabila berkumpul melainkan beribadah dan berdiskusi mengenai agama.

“Ketika itu saya lupakan seketika soal perniagaan dan lakonan kerana perlu mencari ketenangan. Apabila Allah SWT turunkan ujian, jalan terbaik adalah mengadu kepada-Nya. Dulu saya bimbang untuk pergi ke mana-mana kerana hati asyik teringatkan perniagaan.

“Risau mengalami kerugian dan sebagai–nya, tetapi apabila dapat hidayah saya sudah tidak kisah semua itu. Jika ada aktiviti di mana-mana masjid saya pergi dengan senang hati dan hanya fokus pada ibadah.

“Ganjaran yang Allah SWT beri sekembalinya saya daripada berkelana di jalan-Nya sangat luar biasa. Keuntungan perniagaan saya berlipat kali ganda,” katanya yang turut mengusahakan produk penjagaan kulit.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");