Jenayah

429 aduan salah guna lorong kecemasan

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 429 aduan membabitkan penyalahgunaan lorong kecemasan oleh pengguna jalan raya sejak 22 Mei lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nadzri Siron berkata, daripada jumlah aduan yang diterima di seluruh negara 219 sudah dikeluarkan notis untuk tampil ke ibu pejabat JPJ bagi membantu siasatan.

“Ada yang sudah tampil dan mengaku. Jadi kita (JPJ) terus keluarkan perintah mahkamah,” katanya dalam sidang media di Plaza Tol Sungai Besi, di sini, malam tadi.

Menurutnya, orang ramai boleh mengemukakan aduan mereka dalam bentuk gambar atau rakaman visual untuk dijadikan bukti di mahkamah.

Katanya, penyalahgunaan lorong kecemasan tidak lagi boleh dipandang ringan dan hukuman berat perlu dikenakan ke atas pesalah.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");