Perak Hari Ini

650 Terima Sumbangan Aidilfitri

BAGAN SERAI : Seramai 650 orang yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin telah menerima sumbangan Aidilfitri daripada UMNO Bahagian Bagan Serai.

Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata, jumlah tersebut melibatkan 300 ibu tunggal, 200 fakir miskin dan 150 anak yatim.

Selain itu, seramai 14 orang pesawah yang terjejas akibat fenomena El Nino di kompartmen G dan H turut menerima sumbangan.

PERAK TODAY 1

“Ini adalah majlis tahunan yang UMNO Bahagian Bagan Serai adakan iaitu sumbangan Aidilfitri kepada masyarakat di bahagian Bagan Serai dan sumbangan yang kita berikan dalam bentuk wang tunai serta barangan.

“Ini yang kita amalkan setiap tahun daripada kepimpinan terdahulu sampai ke hari ini untuk bersama-sama kita bantu mereka menyambut Aidilfitri,”katanya ketika ditemui selepas program berkenaan di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin.

PERAK TODAY 3

Mengulas mengenai petani yang tercicir daripada menerima bantuan sewaktu program Permukiman Menteri Besar Perak ke daerah Kerian, Sham berkata, perkara tersebut berlaku kerana pesawah tersebut menetap di luar zon sawah yang terjejas.

“Mereka ini tinggal di luar zon kompartment G dan H tetapi sawah yang mereka usahakan adalah di kompartmen tersebut. Nama mereka tidak termasuk dalam senarai PPK di kawasan tersebut.

PERAK TODAY 5

“Kita telah lakukan semakan semula dan sahkan dengan Jabatan Pertanian dan PPK Gunung Semanggol. Kemudiannya saya ajukan kepada Menteri Besar Perak dan Exco terlibat untuk menyampaikan sumbangan tersebut,”jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");