Berita Hari Ini

Agong terima watikah pelantikan 13 duta

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan berangkat menghadiri istiadat penyerahan watikah pelantikan oleh 13 duta dan ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara di sini.

Mereka ialah Jose Balaguer Salas dari Argentina, Peter Vincent (Papua New Guinea), Anne Namakau Mutelo (Namibia), Emir Hadzikadunic (Bosnia dan Herzegovina), Rath Many (Cambodia), Petri Puhakka (Finland) dan Yu Hyun-Seok dari Korea Selatan.

Wakil asing lain ialah Muhammadi Muzaffar Munavvarzod dari Tajikistan, Laura Donoso Gonzalez (Equador), Olexander Nechytaylo (Ukraine), Egidijus Meilunas (Lithuania), Charles Namondwe (Malawi) dan Helena Drnovsek Zorko dari Slovenia.

Tuanku Abdul Halim, yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, kemudian berkenan bergambar bersama-sama duta dan ketua perwakilan asing berkenaan.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Othman Hashim.

Sementara itu, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh duta besar Malaysia ke luar negara.

Mereka ialah Abd Razak Abdul Wahab yang akan bertugas di Turki, Roseli Abdul (Turkmenistan), Muzafar Shah Mustafa (Venezuela), Mohd Hassan Bal (Croatia), Datuk Raszlan Abdul Rashid (Filipina), Datuk Mahinder Singh Ram Singh (Switzerland) dan Datuk Hasnudin Hamzah (Belgium).

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");