Panasnya Hari Ini

Ahli UMNO Pagoh Perlu Terima Kenyataan

KUALA LUMPUR:Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad menasihati Ahli UMNO Pagoh supaya menerima kenyataan dan memahami sistem parti berkenaan.

Ujarnya semua pihak perlu memahami sistem parti itu yang memerlukan pengganti apabila seseorang pemimpin itu dipecat atau hilang status keahlian.

Memetik sumber Berita harian, jelasnya pemindahan tampuk kepemimpinan adalah lumrah dalam parti.

“Apabila beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dipecat, pihak satu lagi kena faham. Ini UMNO, jika ketua tiada, diturunkan kepada timbalan dan kalau timbalan dipecat, akhirnya kepada naib ketua.

“Tan Sri Muhyiddin sudah dipecat dan pada masa sama kita perlu menghargai beliau. Walaupun ada ahli UMNO Pagoh tidak setuju dengan keputusan dibuat, kami masih ahli parti dan atas sebab itu pihak satu lagi tidak boleh menangguk di air keruh,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program Pasar Tani Khas sempena Aidilftiri di Johor Bahru, hari ini.

Terdahulu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO, memecat Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada UMNO kerana melanggar disiplin parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");