Jenayah

Air pasang: 2 selamat, seorang hilang dipercayai lemas

KOTA BHARU – Tiga mangsa terperangkap di tengah sungai dipercayai selepas air sungai pasang dalam kejadian di Rumah Pam Kemubu, Jalan Kampung Kemubu di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, ketiga-tiga mangsa ?cuba menyelamatkan diri namun gagal dan terpaksa diselamatkan pihak Bomba dan Penyelamat.

?Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Halim Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.52 malam.

“Kita hantar jentera dari Balai Bomba Ketereh bersama? lima anggota ke lokasi dan sampai kira-kira jam 9.17 malam.

“Setakat ini dua mangsa terperangkap berjaya diselamatkan manakala seorang lagi dipercayai lemas dan usaha mengesan mangsa hilang diteruskan,” katanya.

Halim berkata, setakat pagi ini unit skuba masih cuba mengesan mangsa yang hanyut, manakala dua yang selamat dihantar ke hospital untuk rawatan susulan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");