Jenayah

Ajal pergi memancing

Betong: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing udang di Sungai Seblak, di sini, sejak petang Isnin lalu ditemui mati oleh penduduk kampung di sungai berkenaan, pagi tadi.

Suhaili Ladi, 62, ditemui terapung jam 8.55 pagi kira-kira dua kilometer daripada lokasi terakhir dia dilihat memancing di sungai berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihak bomba menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki terbabit jam 9 pagi.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya bergerak ke lokasi mayat ditemui sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi SAR yang membabitkan Polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung ditamatkan jam 9.30 pagi tadi,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");