Jenayah

Ajal rempuh belakang lori

Sungai Petani: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di Lorong 1/20 Jalan Bandar Puteri Jaya (BPJ), di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.50 malam itu, mangsa, Muhammad Firdaus Zaidi berusia 16 tahun menunggang motosikal dari persiaran BPJ ke arah pondok polis BPJ.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang tidak menyedari lori yang berhenti di tengah jalan itu untuk ke kedai berhampiran gagal mengelak dan merempuhnya.

Menurutnya, akibat rempuhan itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

“??Hasil siasatan juga mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu dan ketika kejadian itu dia tidak memakai topi keledar.

“Mangsa juga sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai pembantu kedai,” katanya.

Md Zukir berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");