Sukan Hari Ini

Antonio Conte Jujur Terhadap Situasi Diego Costa

JURULATIH Chelsea memberi kenyataan jujur mengenai kedudukan pemain bersama kelab itu apabila tidak memberi pengesahan tentang masa depan Diego Costa.

Costa dilapor tidak gembira bersama Chelsea yang sedang mengharungi perlawanan pramusim, apabila turut mengalami kecederaan sehingga khidmatnya tidak digunakan Conte.

Malah pemain itu juga didakwa akan kembali ke pangkuan bekas kelabnya, Atletico Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak £40 juta.

“Saya boleh katakan hari ini bahawa Costa adalah pemain Chelsea.

“Dia tidak bermain pada pelawanan ini (Chelsea menentang Real Madrid) kerana kecederaan.

“Jika dia pulih kita akan lihatnya pada perlawanan selepas ini menentang AC Milan.

“Saya bercakap untuk hari ini kerana dia masih pemain Chelsea. Jika esok kamu bertanyakan kepada saya bahawa Costa akan kekal itu saya tidak tahu,” jelasnya.

Conte dikatakan ingin membawa bekas pemain Chelsea, Romelu Lukaku ke Stamford Bridge, namun Everton menuntut sebanyak £75 juta. – Daily Mirror/mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");