Berita Hari Ini

ATM adakan siri jelajah kekang penularan fahaman IS

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil langkah proaktif mengadakan program jerayawara di kem tentera seluruh negara sebagai usaha mengekang penularan fahaman kumpulan militan IS dalam kalangan anggotannya.

Jurucakap Bahagian Staf Perisikan Pertahanan ATM berkata, siri jelajah berkenaan sudah mula dijalankan sejak Februari tahun lalu dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

Katanya, tujuan program berkenaan diadakan ialah bagi memberi kefahaman kepada anggota tentera mengenai jihad daripada perspektif Islam selain memberi kesedaran bahaya perjuangan gerakan ekstremis.

“Setakat ini, kami sudah mengadakan 16 siri jelajah…melalui program ini ceramah berkaitan sejarah dan perkembangan Daesh serta bahaya pengaruh kumpulan militan itu akan didedahkan oleh penceramah daripada ATM sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Roadshow Task Force Perisai Wira yang diadakan dua hari bermula hari ini di Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Selain program siri jelajah, ATM turut menerbitkan bahan bacaan mengenai bahayanya ancaman Daesh di portal rasminya untuk dijadikan rujukan anggotanya, kata jurucakap itu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");