Sukan Hari Ini

Atuk bakar mercun dalam stadium ditahan

Melaka: Seorang lelaki berusia 50-an diberkas polis selepas dipercayai membakar mercun ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Melaka United (MU) dan Felda United di Stadium Hang Jebat
di sini, kelmarin.

Difahamkan, lelaki terbabit ke stadium bersama cucu lelaki berusia sembilan tahun dan membakar mercun itu pada babak pertama perlawanan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, hal itu disedari anggotanya yang bertugas mengawal keselamatan di stadium apabila terdengar letupan mercun di aras tiga tempat
duduk penonton yang bertentangan tempat duduk orang kenamaan (VIP).

“Anggota kami kemudian membuat pemeriksaan ke lokasi disyaki letupan berlaku lalu ternampak seorang lelaki memegang pemetik api dan mercun sebelum menahan lelaki terbabit, jam 10.15 malam,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");