Panasnya Hari Ini

Azmin Gesa Laporan 1MDB Didedah

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa untuk mengubah status rahsia laporan Ketua Audit Negara mengenai syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan.

“Kegagalan berbuat demikian akan mengundang kepercayaan rakyat bahawa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk melindungi skandal 1MDB.

“Akta Rahsia Rasmi merupakan undang-undang yang bertujuan untuk melindungi keselamatan negara dan memastikan bahawa maklumat sulit lain tidak jatuh ke tangan yang tidak diingini,”katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Sarawak Report mendedahkan laporan audit yang dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi dengan mendakwa kehilangan dana dan pengeluaran wang mencecah US$7bilion dari syarikat tersebut.

Azmin berkata, isu 1MDB adalah satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh semua pemimpin sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang.

“Kita perlu ingat bahawa mendedahkan kebenaran di sebalik skandal 1MDB ini bukannya satu permainan politik.

“Ia adalah satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh semua pemimpin sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");