Sukan Hari Ini

Bahang perpindahan pemain

LIGA-liga besar di Eropah seperti Serie A, EPL, Bundesliga dan La Liga bakal membuka tirainya bulan hadapan setelah berehat panjang.

Waktu malam minggu bagi peminat tegar bola sepak pasti akan kembali terisi dengan deretan perlawanan dari liga-liga tersebut.

Sebelum liga bermula pastinya peminat juga mahu melihat pembelian pemain yang dilakukan kelab kesayangan mereka bagi memperkuatkan pasukan.

Sudah menjadi kebiasaan ada pasukan yang berbelanja besar dan ada juga pasukan yang mengekalkan pemain sedia ada.

Berikut merupakan pemain-pemain yang sudah melengkapkan perpindahan ke pasukan baharu bagi liga musim hadapan.

GONZALO HIGUAIN

PEMAIN antarabangsa Argentina, Gonzalo Higuain melengkapkan perpindahan ke Juventus dari Napoli dengan rekod perpindahan 90 juta euro (RM404 juta).

Nilai perpindahan itu menjadikannya pemain ketiga termahal di belakang dua pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

Musim lalu, Higuain menjaringkan 36 gol dalam 35 perlawanan Serie A dan membantu Napoli menghuni tempat kedua liga di belakang Juventus.

Sebelum ini, pemain berusia 28 tahun itu bermain untuk Real Madrid dan telah menjaringkan 107 gol dalam enam musim serta membantu Real memenangi tiga kejuaraan liga dan Copa del Ray pada 2011.

Dia berpindah ke Napoli pada 2013 dan pada 2014 pemain itu membantu kelab memenangi Coppa Italia.

ZLATAN IBRAHIMOVIC

SELEPAS pelbagai spekulasi, pemain antarabangsa Sweden, Zlatan Ibrahimovic membuat keputusan untuk menyertai Manchester United dan akan bersama kelab itu untuk tempoh setahun.

Ibrahimovic sebelum ini bersama Paris Saint Germain dan telah membantu kelab itu menjuarai empat kejuaraan liga.

Kehadirannya ke Liga Perdana Inggeris (EPL) juga memberikan peluang kepada pemain berusia 34 tahun itu memenangi kejuaraan EPL melengkapkan koleksi kejuaraan liga yang pernah dimenangi di Belanda, Itali, Perancis dan Sepanyol.

Sudah pasti menarik untuk dilihat adakah Ibrahimovic mampu menyinar bersama United dan mengembalikan semula kegemilangan kelab selepas melalui musim hambar tahun lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");