Panasnya Hari Ini

‘Bersediakah Najib Membersihkan Dirinya?’

KUALA LUMPUR : “Bersediakan Najib membersihkan dirinya dari dokumen tersebut?” itu persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Ujarnya, beliau amat terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta mereka yang dinamakan dalam dokumen Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengambil tanggungjawab membersihkan nama mereka dan memastikan tiada wang rakyat di salah guna.

“Walaupun nama Najib tidak disebut secara jelas tetapi gambaran Peguam Negara Amerika Syarikat (deskripsi) yang terkandung dalam dokumen tersebut jelas mengaitkan Malaysia Official 1 adalah Najib.

“Malaysian Official 1 disebut sebanyak 36 kali dalam dokumen setebal 136 muka surat sangat jelas memberi maksud siapa Malaysian Official 1. Persoalannya, bersediakan Najib membersihkan dirinya dari dokumen tersebut?”soalnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mahfuz berkata, Najib perlu tampil menafikan Malaysian Official 1 bukan dirinya dan dia bukan pegawai awam paling tinggi dalam kerajaan Malaysia atau dalam erti kata lain, Najib kena menyatakan dia bukan Perdana Menteri Malaysia.

“Saya mengharap Najib kena bersihkan dirinya dari dokumen mahkamah Amerika secepat mungkin. Ini bagi membolehkan proses perlantikan Perdana Menteri baru Malaysia kerana Najib bukan Perdana Menteri Malaysia seperti yang disebut dalam dokumen mahkamah.

“Jika Najib masih Malaysian Official 1 yang berkedudukan tertinggi dalam kerajaan Malaysia, yakni sebagai Perdana Menteri Malaysia, saya mencabar Najib menyaman peguam Negara Amerika Syarikat dan FBI yang memfitnah dan memburukkan namanya dan nama baik negara Malaysia,”ujarnya.

Terdahulu, DOJ memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");