Sukan Hari Ini

Bournemouth Sambar Jordon Ibe

BOURNEMOUTH berjaya melengkapkan perpindahan pemain sayap Liverpool, Jordon Ibe dengan kontrak selama empat tahun.

Pemain berusia 20 tahun itu sah menjadi milik Bournemouth dengan yuran pemindahan bernilai £15 juta.

Ibe menyarung jersi Liverpool pada 2011 dari Wycombe Wanderers, namun gagal meletakkan dirinya sebagai pilihan utama Jurgen Klopp sejak musim lalu.

Ketua Eksekutif Bournemouth, Neill Blake berkata, pihaknya teruja dapat membawa Jordon ke kelab tersebut.

“Dia banyak membantu Liverpool pada musim lalu dan kami tidak sabar untuk melihat dia bermain bersama kelab ini.

“Kami telah mendapatkan lima pemain pada musim ini dan semuanya mempunyai potensi yang baik untuk masa depan,” katanya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");