Sukan Hari Ini

‘Bukan Ronaldo atau Bale tentukan’

JURULATIH Portugal, Fernando Santos berkata, hala tuju A Seleccao mahupun Wales bukan ditentukan pemain individu.

Santos turut menolak andaian aksi kedua-dua pasukan di separuh akhir Khamis ini lebih kepada pertembungan dua bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

Ronaldo dan Bale menjadi tonggak utama ketika membantu pasukan masing-masing melepasi peringkat kalah mati.

“Ronaldo beri teladan baik dalam pasukan. Dia jalankan tugasnya dengan baik dan dia mahu menang.

“Tapi, perlawanan Khamis ini bukanlah pentas untuk mencari siapa hebat antara mereka.

“Bukan Ronaldo atau Bale yang tentukan perlawanan itu nanti kerana ini adalah aksi berpasukan,” katanya.

Sementara itu, Santos menganggap Wales sebagai lawan sukar namun dia akui tidak terkejut dengan apa yang dicapai pasukan itu ketika ini.

“Saya tidak terkejut kerana saya tahu mereka ada keupayaan untuk melakukannya.

“Lihat saja apa yang mereka lakukan semasa kempen kelayakan.

“Mereka ada pemain berkualiti dan mencurahkan segala-galanya ketika di atas padang,” ujarnya.

Pada masa sama, Santos meluahkan keyakinannya bahawa Portugal mampu melangkah ke perlawanan akhir.

“Saya percaya pemain saya. Kami boleh melakukannya, tapi sebelum itu kami perlu menewaskan Wales terlebih dahulu.

“Bukan mudah, tapi saya berkeyakinan tinggi kami boleh menang,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");