Jenayah

Cemas ambulans terbabas

Kota Kinabalu: Lima anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang dalam perjalanan menyelamat mangsa kemalangan jalan raya mengalami detik cemas apabila ambulans mereka terbabas sebelum terbalik di Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran simpang masuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Chung Hwa, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.15 malam, empat anggota JPAM Kota Kinabalu berusia lingkungan 20-an hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) manakala pemandu ambulans tidak cedera.

Difahamkan, ketika kejadian lima anggota JPAM Kota Kinabalu itu dalam perjalanan ke Gentisan Sepanggar, untuk menyelamat mangsa kemalangan sebelum ambulans mereka hilang kawalan dan terbalik.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kemalangan hanya membabitkan ambulans JPAM Kota Kinabalu yang hilang kawalan dan terbabas.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");