Sukan Hari Ini

Conte: Pemain Itali sudah beri aksi terbaik

AKHIRNYA Itali terpaksa menamatkan perjalanannya di suku akhir selepas tampil prestasi menyakinkan di pentas Euro 2016.

Namun bagi pengendalinya Antonio Conte, tewas kepada Jerman menerusi penentuan sepakan penalti bukan sesuatu yang memalukan.

“Saya percaya pemain sudah melakukan yang terbaik untuk menundukkan sebuah pasukan yang kuat seperti Jerman. Kalah di penentuan penalti bukanlah sesuatu yang memalukan dan saya tetap bangga dengan anak buah saya.

“Menyesal? Tiada apa yang perlu disesalkan selepas prestasi baik yang kami tonjolkan sepanjang perlawanan di Euro tahun ini. Mereka sudah kerahkan segalanya, cuma tuah lebih memihak Jerman,” ujar Conte kepada RAI Sport.

Selepas berakhirnya Euro, ia menjadi perjalanan akhir Conte bersama Azzurri dan akan digantikan dengan Giampiero Ventura.

Ini kerana Conte akan ke England untuk mengendali Chelsea bagi permulaan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Meskipun begitu, Conte masih belum mahu mengucapkan selamat tinggal kepada Itali, tetapi dia mengucapkan arrivederci (semoga berjumpa lagi).

“Ini bukan goodbye tetapi arrivederci’,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");