Sukan Hari Ini

Danny: Saingan di Rio dijangka tetap sengit

BINTANG golf negara, Danny Chia menyifatkan saingan golf di Sukan Olimpik Rio de Janeiro bulan depan tetap sengit walaupun beberapa nama terkemuka dunia menarik diri akibat bimbang ancaman virus Zika.

Antara yang menarik diri pemain nombor satu dunia Jason Day, Dustin Johnson (2), Jordan Spieth (3), Rory McIlroy (4), Adam Scott (8), Branden Grace (11), Louis Oosthuizen (14), Hideki Matsuyama (17) serta beberapa pemain lain.

“Ia memalukan sukan golf yang kembali ke Sukan Olimpik selepas 112 tahun tanpa empat bintang dunia dan beberapa pemain utama yang lain,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan ke Rio, Danny berkata, sepanjang minggu ini dia akan bersama jurulatih, Steven Giuliano untuk membaiki cara bermain termasuklah gaya pukulan.

“Minggu depan saya akan sertai Piala Jelajah Asia Thailand seterusnya akan bertolak ke Rio,” katanya.

Skuad Malaysia diwakili empat pemain Danny dan Gavin Kyle Green dalam Kategori Lelaki manakala Kelly Tan dan Michelle Koh dalam Kategori Wanita.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");