Sukan Hari Ini

Deschamps ‘tumpang’ helikopter polis

Paris: Jurulatih Perancis Didier Deschamps dan kapten Hugo Lloris memastikan mereka tiba tepat pada masanya untuk sidang media – dengan menaiki helikopter.

Menjelang aksi suku akhir menentang Iceland hari ini, Perancis mengadakan sidang akhbar praperlawanan di Stade de France pada jam 11 pagi – lebih awal dari biasa.

“Pasukan polis memberi helikopter mereka untuk kegunaan kami. Mereka sungguh baik hati,” kata Deschamps semalam. “Kalau tidak anda (media) tidak akan berjumpa Hugo Lloris.”

Dalam usaha untuk melindungi permukaan padang Stade de France, Perancis mengubah latihan mereka ke Clairefontaine yang terletak di luar Paris.

“Saya faham perlunya untuk mengambil tindakan berhati-hati maksimum (berhubung dengan padang),” kata Deschamps. “Terpulang kepada kami untuk menyesuaikan diri.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");