Membawang Hari Ini

Edry minta peminat waspada akaun, iklan palsu dirinya

KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi, Edry Abdul Halim berharap orang ramai tidak terpedaya dengan hebahan mencari pekerja di laman palsu yang menggunakan namanya bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sejak semalam beliau mendakwa menerima mesej daripada peminat yang memaklumkan sebuah fanpage di Facebook berlatarkan nama dan gambarnya mengiklankan kerja kosong hanya untuk wanita.

Katanya, lebih membimbangkan apabila individu tidak bertanggungjawab itu turut menghantar mesej ke akaun peribadi ramai pengikutnya di laman sosial untuk memberi tawaran menjadi pelakon dan penyanyi.

“Saya baharu menyedari kewujudan akaun FB palsu ini selepas beberapa peminat menghubungi saya menerusi mesej peribadi Instagram, malam tadi. Mereka mahu mengesahkan sama ada saya atau syarikat di bawah KRU mengiklankan jawatan kosong.

“Namun mereka pelik kerana ia hanya untuk gadis dan ibu tunggal. Malah, paling menimbulkan tanda-tanya kerana individu berkenaan kemudian dengan berani meminta ‘mangsa’ yang berhijab supaya membuka tudung jika ingin bekerja dengan saya.

“Sudah tentu perbuatan itu melampau. Mereka ‘menjual’ nama saya dan dikhuatiri boleh memperdayakan orang yang tidak tahu situasi sebenar. Jadi saya harap orang ramai berhati-hati dengan penipuan sebegini,” katanya.

Terdahulu, malam tadi menerusi Instagramnya, anggota kumpulan KRU yang bergelar usahawan itu berkongsi iklan palsu terbabit di laman sosialnya dan meminta individu berkenaan tidak menyalahgunakan profilnya selain meminta masyarakat berhati-hati.

Sementara itu, katanya KRU yang turut dianggotai Yusry dan Norman kini sibuk dengan persiapan Konsert KRU 25 bersempena ulang tahun jubli perak kumpulan berkenaan yang dijadualkan berlangsung di Esplanade, Singapura pada 6 Ogos depan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/173536

-Bh Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");