Sukan Hari Ini

Empat muka baharu PBNP

Kuantan: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menerima empat muka baharu dalam barisan kepimpinannya termasuk jawatan Naib Presiden I selepas Mesyuarat Agung Tahunan PBNP ke-60 di sini, kelmarin.

Dua jawatan tertinggi dipertahankan penyandang masing-masing yang menang tanpa bertanding iaitu Presiden PBNP yang disandang Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Timbalan Presiden kekal milik Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Datuk Jalaluddin Mohd Deli turut kekal sebagai Naib Presiden II, manakala Naib Presiden I disandang oleh Datuk Seri Zamri Ramly.

Seramai empat lagi muka baharu turut memenangi jawatan Ahli Majlis PBNP iaitu Ahmad Salizam Ghazali, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh, Datuk Taufik Razak dan Samim Salimullah.

Sementara itu, Muhammad Safian pada sidang media berkata, dalam mesyuarat kali ini, persatuan di daerah meminta supaya PBNP membantu mereka dari segi kewangan.

“Memang kami akui bahawa dalam mana-mana sukan sekalipun memang kosnya agak tinggi, justeru kita akan bantu bagi mendapatkan dana untuk ahli.

“Dengan punca pendapatan yang kukuh ini kami akan dapat melaksanakan lebih banyak program kesukanan di peringkat akar umbi,” katanya.

Katanya lagi, pihak juga akan memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan PBNP selepas ini dengan mencari lebih banyak sumber kewangan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");