Sukan Hari Ini

Evra: Bangkit awal, jangan harap tuah babak kedua

Evra: Bangkit awal, jangan harap tuah babak kedua Paul Pogba (kanan) antara pemain yang menjadi sandaran Perancis ketika bertemu Iceland, Isnin ini.
PEMAIN pertahanan Perancis, Patrice Evra menggesa rakan sepasukannya bangkit ketika perlawanan suku akhir menentang Iceland.

Menurutnya, skuad Les Bleus harus mengawal permainan sejak dari awal jika tidak mahu disingkirkan dari Euro 2016.

“Saya amat berharap kami dapat memulakan permainan dengan baik dan tidak perlu menunggu sehingga ke babak kedua untuk bangkit melawan seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.

“Saya agak risau jika kami lambat panas, pasukan lawan dapat mengambil kesempatan ke atas kami. Jadi, kami memerlukan semangat untuk bangkit sebelum perlawanan lagi dan tidak memandang rendah kemampuan lawan,” katanya.

Sebelum ini prestasi Perancis yang sering mengharapkan kebangkitan di minit-minit akhir dilihat agak berisiko.

Ketika menentang Romania, jaringan lewat di minit ke-89 membantu Perancis untuk menang, begitu juga ketika bertemu Albania.

Di pusingan 16 terbaik, gol awal Republik Ireland hampir menyebabkan Perancis tersingkir awal. Mujur kebangkitan di babak kedua membantu mereka mencipta kemenangan.

“Saya tidak boleh membayangkan kami mengulangi kesilapan ketika bertemu Republik Ireland tempoh hari. Memang benar kami dapat bangkit di separuh masa kedua, tetapi kami tidak boleh mengharapkan tuah seperti ini dalam setiap perlawanan.

“Jadi, saya amat berharap perkara seperti ini tidak terjadi ketika bertemu Iceland nanti,” kata Evra.

Evra dijangka mengisi posisi bek kiri bertemu Iceland awal pagi Isnin nanti walaupun berdepan kecederaan tangan ketika sesi latihan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");