Sukan Hari Ini

FAP lepaskan Griffiths

PEMAIN pertahanan Pulau Pinang dari Australia, Brent Griffiths telah memohon untuk dilepaskan bagi meneruskan kariernya dalam Liga Australia pada masa akan datang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff berkata pihak persatuan dan pemain telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak dan membenarkannya pulang ke Australia, esok.

“FAP mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangannya semasa bersama FAP,” katanya semalam.

Pemain berusia 26 tahun itu mengikat kontrak bersama FAP sejak awal tahun lepas dan ekoran prestasinya yang tidak menentu telah menjadikan namanya antara yang disebut-sebut untuk digugurkan pihak pengurusan FAP.

Sumber dalaman berkata FAP sedang dalam proses perbincangan untuk memuktamadkan proses pengambilan dua pemain import baharu, Ranti Martis dari Nigeria dan seorang pemain warga Korea.

Martins, yang sedang menjalani proses ujian bersama FAP, merupakan penjaring gol terbanyak Liga India dan kontraknya bersama East Bengal tamat Mei lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");